Najib gembira rakyat masih sudi beraya dengan BN

Najib gembira rakyat masih sudi beraya dengan BN

Bekas perdana menteri gembira rakyat sudi meraikan majlis Aidilfitri anjuran Barisan Nasional.

(Gambar Facebook)
BATU PAHAT:
Najib Razak gembira apabila mendapat tahu masyarakat masih sudi meraikan majlis Aidilfitri bersama Barisan Nasional.

Melihat kepada sambutan yang diterima acara anjuran BN di Pekan, Pahang, Rantau, Negeri Sembilan dan Parit Sulong, Johor, Najib percaya gabungan itu masih ada tempat di hati rakyat.

“Kami sambut secara sederhana sahaja, dengan hidangan biasa. Banding pula dengan kemewahan sambutan pemimpin Pakatan Harapan,” katanya, merujuk kepada majlis rumah terbuka Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Azmin Ali pergi ke tak saya tak tahu,” katanya di Facebook.

Bekas perdana menteri itu hari ini meraikan Aidilfitri bersama warga Parlimen Parit Sulong di Batu Pahat, Johor.

Najib, yang kini berdepan pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang berkaitan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, mengucapkan selamat hari raya kepada pengunjung laman Facebooknya yang popular selepas kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14.

“Malaysia milik kita, milik rakyat. Kita pertahankan dan bangunkan bersama,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.