
Setiausaha organisasi DAP negeri, Violet Wong berkata, Voon akan diberikan semua hak menurut undang-undang bagi mengelakkan bantahan serta pertikaian pada masa depan bahawa haknya untuk didengar telah dinafikan.
Violet berkata, perlembagaan parti menetapkan mana-mana ahli tidak lagi menjadi ahli apabila menyertai sesebuah parti politik lain.
Ketika ditanya mengenai dakwaan PBK bahawa DAP Sarawak tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap ahli DAP lain, termasuk seorang ahli yang terkenal, iaitu Dominique Ng, yang sebelum ini meninggalkan parti itu secara “senyap-senyap”, beliau berkata, perkara itu telah diselesaikan sejak sekian lama.
Voon, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pending, turut mempersoalkan integriti Violet yang mendakwa beliau dipecat oleh DAP pada 2011.
Dakwanya beliau diketepikan tanpa amaran menjelang hari penamaan calon pilihan raya negeri pada 2011.