UEM Group lapor polis susulan laporan rasuah

UEM Group lapor polis susulan laporan rasuah

UEM Group sedia bekerjasama dengan siasatan pihak berkuasa bagi membersihkan namanya.

PETALING JAYA: UEM Group Berhad hari ini memaklumkan satu laporan polis sudah dibuat, sehari selepas satu laporan rasuah dibuat berkaitan dakwaan RM3 juta daripada sebuah syarikat kejuruteraan dimasukkan ke akaun bank seorang menteri.

UEM Group berkata ia sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membersihkan namanya.

“UEM Group ingin menyatakan ia tidak mempunyai akaun di cawangan utama Maybank Kuala Lumpur, dan tidak mempunyai akaun dengan nombor yang didakwa oleh pelbagai laman media sosial,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Semalam, Sekretariat Suara Rakyat membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan suatu dokumen berhubung pemindahan dana berjumlah AS$741,440 (RM3.085 juta) dari sebuah syarikat kejuruteraan ke suatu akaun atas nama seorang ahli politik di sebuah bank luar negara.

Laporan dibuat oleh pengerusinya, Lokman Adam, yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

Terdahulu, SPRM berkata ia akan menyiasat laporan tersebut. Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya berkata siasatan akan dikendalikan timbalannya.

“Saya tidak akan terlibat dalam apa-apa cara, sama ada siasatan atau membuat keputusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.