Penyanyi wanita ditahan miliki anak beruang matahari

Penyanyi wanita ditahan miliki anak beruang matahari

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan pada jam 8 malam selepas Perhilitan membuat pemeriksaan mengejut di rumahnya selepas menerima maklumat awam.

Anak beruang matahari milik seorang penyanyi wanita yang disimpan dalam kondominumnya di Desa Pandan. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan seorang penyanyi wanita kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominumnya di Desa Pandan, semalam.

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan pada jam 8 malam selepas pihak Perhilitan membuat pemeriksaan mengejut di rumahnya selepas menerima maklumat awam.

Ketua Pengarah Perhilitan, Abdul Kadir Abu Hashim, ketika dihubungi, mengesahkan penahan wanita itu bagi membantu siasatan kes itu.

“Wanita itu tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen pemilikan beruang itu,” katanya.

Beliau berkata wanita itu disiasat kerana menyimpan hidupan liar yang dlindungi tanpa kebenaran Perhilitan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Video berdurasi 5 saat serta gambar kepala beruang matahari cuba keluar dari tingkap kondominium kediaman wanita itu tular di laman sosial semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.