12 Julai tarikh akhir pengguna Grab daftar guna swafoto

12 Julai tarikh akhir pengguna Grab daftar guna swafoto

Laporan lampau menunjukkan peraturan pendaftaran menggunakan swafoto dilaksanakan ke atas semua pengguna baru Grab sejak Mac tahun ini.

Sistem pengenalan wajah swafoto dipercayai membantu polis menjejak 2 suspek dipercayai terlibat dalam kes rompak-bunuh seorang pemandu Grab di Tuaran, Sabah pada 24 Mei.
PETALING JAYA:
Semua pengguna Grab perlu membuat pendaftaran sekali melalui pengesahan swafoto untuk menggunakan applikasi itu bermula 12 Julai ini.

Dalam satu pengumuman Isnin, ia berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada peraturan e-panggilan yang ditetapkan oleh kerajaan ke atas semua pengguna e-panggilan.

“Seperti biasa, kami komited dalam memelihara maklumat peribadi anda. Swafoto anda tidak akan dikongsi dengan pemandu kami,” katanya.

Semua langkah akan diambil bagi memastikan seseorang itu tidak memegang foto di depan kamera untuk “menipu” sistem berkenaan.

Laporan lampau menunjukkan peraturan mengenai pendaftaran menggunakan swafoto telah dilaksanakan ke atas semua pengguna baru Grab sejak Mac tahun ini.

Sistem pengenalan wajah swafoto dipercayai telah membantu polis menjejak 2 suspek dipercayai terlibat dalam kes rompak-bunuh seorang pemandu Grab, Mohd Hanafiee Jaffar, 27, di Tuaran, Sabah pada 24 Mei.

Hanafiee mengambil penumpang terbabit pada jam 4 pagi. Mayatnya ditemui dicampak ke dalam semak 2 hari kemudian. Beliau ditikam beberapa kali di bahagian dada.

Akhbar Straits Times melaporkan di Singapura, pengguna Grab yang mendaftar sebelum Februari tahun ini tidak perlu menggunakan pengesahan wajah swafoto. Identiti mereka hanya disahkan melalui akaun Facebook atau maklumat kad kredit.

Bagaimanapun bermula Februari tahun ini pengguna baru dikehendaki mengemukakan swafoto mereka untuk mendaftar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.