Aidilfitri ini, FMT terbitkan video ucapan ahli politik pelbagai parti

Aidilfitri ini, FMT terbitkan video ucapan ahli politik pelbagai parti

Ahli politik parti pemerintah dan pembangkang bersama mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakyat Malaysia.

Demokrasi sihat memerlukan sedikit pertengkaran dan serang balas lisan antara ahli politik. Ini yang membuatkan kerajaan sentiasa disemak imbang.

Rakyat bimbang demokrasi akan terjejas apabila ahli politik berhenti bergaduh. Mereka anggap pertengkaran di kalangan ahli politik setiap hari baik untuk negara. Maka demokrasi diraikan dengan pelbagai julukan nama dan serang balas secara lisan.

Dalam era ahli politik bebas menyuarakan pendapat tanpa perlu melalui media, penanda demokrasi ini kadangkala tiada penghujungnya.

Tetapi, kadangkala mereka perlu berehat seketika.

Sempena Aidilfitri ini, FMT menyatukan ahli politik pelbagai fahaman dalam satu video untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada rakyat Malaysia.

Pada mulanya, ada yang keberatan kerana bimbang kemunculan mereka dalam video yang turut menampilkan lawan mereka disalah tafsir.

Hakikatnya, pihak media sekalipun tidak mungkin dapat memutar belit ucapan Hari Raya yang ikhlas.

Kepada mereka yang bersetuju muncul dalam video ini, kami ucapkan terima kasih.

Ini bukanlah gesaan kepada ahli politik mengetepikan perbezaan politik masing-masing. Teruskan bergaduh dan teruskan berhujah.

Tetapi, buat masa ini, mari bersatu dan meraikan Aidilfitri dengan semangat keharmonian sebenar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.