
Kebanyakan peniaga akan membuat pecutan terakhir dalam menjual kelengkapan Aidilfitri pada minggu ke-3 Ramadan.
Ini kerana ramai yang sudah memohon untuk cuti lebih awal dan pulang ke kampung pada hujung minggu ini.
Ditambah pula dengan musim cuti sekolah yang sudah bermula, ini lebih memudahkan pergerakan ibu bapa untuk merancang perjalanan dengan lebih awal pulang ke desa.
Minggu lalu terdapat jualan Raya 3 hari atau 72 jam tanpa henti bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk membeli kelengkapan raya.
Di 2 lokasi yang berbeza iaitu Starvendor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Mood Republic di Jalan Duta, Kuala Lumpur, menampilkan pelbagai rekaan baju Melayu dan baju kurung dengan tawaran harga yang sangat berpatutan.

Sesuai dengan keadaan ekonomi kini yang sememangnya cuba untuk jimat berbelanja, pasti orang ramai akan berpusu-pusu mendapatkan pakaian dengan harga yang menarik.
Jika anda jenis suka “last minute shopping”, anda mungkin akan mendapat harga jauh lebih murah sehingga ada yang mencecah RM50 sepasang.
Namun tetap ada risikonya, iaitu tiada saiz kecil kebiasannya kerana habis dijual.
Selesai segala persediaan menjelang hari raya, kini orang Islam hanya boleh tumpu pada perancangan untuk pulang ke kampung dengan selesa!
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]