
Selain menjual kelengkapan hari raya secara terus di kedai dan bazar, laman sosial tidak ketinggalan memeriahkan perniagaan online baju Raya dan sebagainya.
Pastinya ia lebih memudahkan pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk membeli, mereka boleh menggunakan media “online” untuk membeli barang kelengkapan di hari Raya.
Saingan perniagaan online di media sosial juga sengit, sehingga mereka perlu membuat suatu kelainan pada setiap produk yang ditampilkan.
Manakan tidak, ada yang menjual baju raya menggunakan konsep “barbie doll”, ia pasti membuatkan pelanggan lebih teruja dengan konsep yang ditampilkan.

Semua konsep ini adalah mengikut kreativiti masing-masing bagi melariskan produk yang dijual.
Ini kerana ada kalangan peniaga menjual produk yang sama namun ia memerlukan kreativiti tersendiri.
Namun, ada juga yang membuat video pendek yang menyentuh hati masyarakat, memperlihat seakan-akan berharganya sesuatu produk itu kepada seseorang.
Jadi ia patut dibeli untuk dihadiahkan kepada yang benar-benar menghargainya, seperti video pendek telekung Siti Khadijah.

Bagi mana-mana perniagaan yang sebelum ini dibuat secara terus, kali ini juga boleh dibuat secara “online” bagi memudahkan pelanggan memilih barangan mengikut masa mereka yang terluang.
Contohnya gedung membeli belah Jakel, kali ini mereka mempunyai pembelian “online” dan produk tersebut boleh dihantar secepat mungkin kepada pelanggan.
Boleh layari di www.jakelstore.my untuk membeli belah apa sahaja pakaian yang dikehendaki.
Jadi kemeriahan ini terpulang kepada masing-masing bagaimana cara untuk mengaut keuntungan di bulan Ramadan dan Syawal, juga dalam masa yang sama memberi kemudahan kepada pelanggan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]