
“Saya tidak mendahului apa-apa, tapi dengan izin Tuhan, saya yakin kita akan berjaya bawa dia balik. Dalam masa terdekat pun boleh, dalam masa terjauh pun boleh,” katanya kepada pemberita semasa melawat bazar Ramadan di Taman Tun Dr Ismail petang tadi.
Pada Rabu, Hamid mengumumkan polis mempunyai petunjuk positif mengenai keberadaan Low yang dikehendaki bagi membantu siasatan skandal 1MDB.
Sementara itu, Hamid akan pastikan kebajikan dan kesejahteraan anggota-anggotanya terjaga apabila tertubuhnya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) nanti.
Hamid berkata pihaknya sedang menunggu IPCMC dimuktamadkan.
“Selepas itu tanggungjawab saya pula menyakinkan anak buah saya, apabila IPCMC diluluskan nanti saya akan pastikan polis akan mendapat hak-hak kebajikan,” katanya.
Hamid berkata dia sendiri turun ke lapangan untuk meninjau keadeaan kuarters anggota polis.
“Sedih tengok atap pecah, peruntukkan untuk baiki tidak ada,” katanya.
“Anggota duduk disitu perlu berkorban, nak pindah tinggal diluar tapi sewa mahal, begitu daifnya sesetengah balai,” tambahnya.