
Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg berkata, negeri itu juga sedang meneliti untuk membina lebih banyak loji hidrogen, dan menambah ia adalah bentuk tenaga bersih yang dapat dihasilkan dengan mudah oleh Sarawak kerana bekalan air yang mencukupi dari hidrogen yang boleh diekstrak.
“Kami mempunyai 5 empangan dan bekalan air yang mencukupi. Ia akan menjadi pembaziran jika ia hanya digunakan untuk tujuan hidroelektrik,” katanya selepas melancarkan loji pengeluaran hidrogen bersepadu dan stesen pengisian bahan api pertama di Asia Tenggara, di Sarawak Energy, hari ini.
Beliau berkata pendapatan daripada 5% cukai jualan bagi produk petroleum dilaburkan untuk tujuan itu untuk meningkatkan ekonomi negeri dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
Loji baru ini dapat mengeluarkan 130kg hidrogen sehari dengan tahap kebersihan 99.999%, serta berupaya menyokong dan memenuhi pengisian sehingga 5 buah bas dan 10 kereta sehari.