Jakarta kembali tenang, perniagaan kembali beroperasi

Jakarta kembali tenang, perniagaan kembali beroperasi

Polis berkata 7 perusuh terbunuh dan 9 anggota keselamatan cedera dalam rusuhan di Jakarta.

JAKARTA:
Kota Jakarta, yang tegang akibat demonstrasi dan rusuhan selepas pengumuman keputusan pilihan raya presiden Selasa lepas, kini kembali tenang dengan penduduknya beraktiviti seperti biasa.

Perkhidmatan pengangkutan umum, premis peniagaan dan komersial di Tanah Abang, Jalan MH Thamrin, Jalan Sabang, dan Jalan KH Wahid Hasyim, lokasi berlakunya rusuhan itu, kembali beroperasi hari ini.

Namun, Jalan MH Thamrin dan Jalan Imam Bonjol yang menempatkan bangunan Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) dan Komisi Pemilihan Umum (KPU) masih ditutup kepada lalu lintas, dengan anggota polis dan tentera masih melakukan kawalan ketat.

Ketua Divisyen Hubungan Masyarakat Polis Indonesia, M Iqbal dalam kenyataan berkata, 7 perusuh terbunuh dan 9 anggota keselamatan cedera dalam beberapa siri rusuhan itu.

“Yang harus diketahui orang ramai bahawa yang meninggal dunia adalah perusuh. Bukan orang yang sedang berjualan, orang yang beribadah, tidak,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.