
PASIR MAS: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang belum menerima maklumat lanjut berhubung seorang anggota Unit Amal parti itu yang ditahan polis atas dakwaan membakar kenderaan milik Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau menyerahkan isu itu kepada polis untuk disiasat dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
“Saya tidak ada maklumat lagi mengenai isu itu. Mungkin selepas ini saya akan membacanya,” katanya selepas Ceramah Badar Kubro di Masjid Madrasah Nasrullah dekat Pohon Buloh di sini, malam tadi.
Semalam, Asri memohon maaf selepas pegawainya memuat naik 2 gambar anggota Unit Amal PAS bersama Hadi yang mengiringi catatan Facebook mengenai kes bakar keretanya pada 22 Mac lalu.
Catatan itu kemudiannya dipadamkan.