Beli barang raya sampai sanggup pinjam ‘ah long’!

Beli barang raya sampai sanggup pinjam ‘ah long’!

Ada sesetengah masyarakat sanggup berhutang pada kadar maksimum sebagai kepuasan untuk membeli barangan bagi menyambut aidilfitri.

Setiap kali tibanya Syawal, pasti ramai yang ingin memberi kelengkapan baru untuk menyambutnya.

Namun ada sesetengah masyarakat yang membeli semua kelengkapan melebihi tahap kemampuan sehingga berhutang dalam jumlah yang banyak.

Malah ada di antara mereka yang sanggup membuat pinjaman berlesen iaitu dengan “ah long” untuk mendapatkan wang segera bagi membeli barang keperluan secara mewah.

Umumnya ia suatu tindakan yang tidak tepat, malah harus dijauhi bagi mengelakkan hutang keliling pinggang.

Laporan akhbar turut menyatakan jumlah permohonan pinjaman yang diterima untuk menyambut aidilfitri meningkat 20% sehingga 30%.

Berdasarkan laporan ramai di antara mereka yang meminjam sehingga RM5,000 setiap seorang dengan nilai keseluruhan mencecah RM37.5 juta.

Jadi apa yang perlu dilakukan, anda perlu merancang kewangan dengan baik atau menyimpan sedikit demi sedikit setiap bulan.

Dengan langkah ini anda tidak perlu berhutang dengan “ah long” seperti yang dilakukan oleh banyak pihak.

Ia mampu menyebabkan anda tersepit dalam hutang yang ada dan “ah long” boleh mengejar anda sehingga melakukan perkara yang tidak senonoh, seperti membaling cat di rumah anda.

Akhirnya anda terpaksa menanggung beban pada tempoh yang lama hanya kerana ingin memenuhi kepuasan hati anda.

Jadi rancanglah dengan bijak sebelum anda membuat sesuatu tindakan!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.