Saingan merebut piala Liga Perdana Inggeris (EPL) akhirnya berpihak kepada Manchester City yang menamatkan kempen dengan 98 mata dan Liverpool terpaksa berputih mata dengan perbezaan 1 mata.

Dalam kehangatan “Manchester is Blue dan Next Year is Our Year” sekarang, ada maklumat penting yang semua patut tahu mengenai tulang belakang setiap pasukan.
Siapa lagi kalau bukan kapten pasukan. Berikut ialah 3 ketua pasukan yang paling banyak membawa pasukan mereka menjulang piala EPL.
Kejuaraan EPL = 4
Pemain pertahanan kelahiran Belgium ini mula menyertai Manchester City pada 2008 ketika berumur 22 tahun.
Beliau dilantik sebagai kapten Manchester City pada 2011, menggantikan Carlos Tevez yang dalam proses berpindah ke pasukan lain masa itu.
Sepanjang menjadi kapten Manchester City, pasukannya menjuarai EPL sebanyak 4 kali – 2012, 2014, 2018 dan 2019.
Kejuaraan EPL = 4
Roy Keane mula mengetuai Manchester United pada 1997, selepas Eric Cantona mengumumkan persaraan pada penghujung musim.
Beliau yang terkenal dengan sifat baran di padang, berjaya membawa Manchester United merangkul kejuaraan EPL pada 1999, 2000, 2001 dan 2003.
Kejuaraan EPL = 5
Beliau mempertahankan gelaran kapten paling banyak menang EPL dengan mengetuai Chelsea menjulang kejuaraan EPL sebanyak 5 kali bermula 2005, 2006, 2010, 2015 dan 2017.
Beliau dipilih sebagai kapten Chelsea pada 2004 selepas Marcel Desailly bersara daripada kerjaya pemain bola sepak profesional.
Sekarang, Terry masih aktif dalam arena bola sepak sebagai penolong pengurus Aston Villa.
Sumber thelaki.com.my
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]