Ancaman bom: 3 pusat beli belah ditutup di Belgium

Ancaman bom: 3 pusat beli belah ditutup di Belgium

Ancaman bom itu berlaku di Woluwe, Westland dan Docks, 3 pusat beli-belah paling popular di ibu kota Belgium, Brussels.

Polis Belgium mengarahkan bangunan terbabit dikosongkan dan menutup kawasan berkenaan kepada orang ramai berikutan ancaman bom.
BRUSSELS:
3 pusat komersil utama di sini ditutup pada Jumaat petang selepas menerima ancaman bom, menurut jurucakap polis Brussels-Midi yang mengesahkan laporan beberapa media.

Ancaman bom itu berlaku di Woluwe, Westland dan Docks, 3 pusat beli-belah paling popular di ibu kota Belgium, Brussel.

Polis kemudian mengarahkan bangunan terbabit dikosongkan dan menutup kawasan berkenaan kepada orang ramai, lapor agensi berita Xinhua.

Pemeriksaan masih dijalankan oleh anggota polis persekutuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.