
Bagi lelaki yang mahu kelihatan segak setiap kali mengenakan pakaian, beberapa teknik perlu tepat mengikut bentuk badan.
Ini kerana kebanyakan lelaki terdiri daripada salah 1 daripada 5 kategori ini: rhomboid (dirujuk sebagai trapezoid), segi 3 terbalik, segi 4 tepat, segi 3 atau bujur.
Dengan tips ini akan membantu anda tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang harus dielakkan dalam almari pakaian anda.

Jenis badan rhomboid dicirikan oleh bahu luas dan dada serta mempunyai pinggul dan pinggang yang agak sempit sedikit.
Oleh kerana badan atas dan bawah adalah seimbang, ia sebenarnya agak mudah untuk berpakaian.
Secara umumnya, sebahagian besar gaya dan sesuai dengan bentuk ini.
Oleh kerana badan jenis ini mudah untuk berpakaian, bolehlah cuba bereksperimen dengan trend baru.
Jadi anda boleh mencuba corak berani atau bentuk yang berbeza!
2. Bentuk badan segi 3 terbalik
Bentuk badan V atau segi 3 terbalik mempunyai bahu luas dan dada tetapi pinggul dan pinggang yang kecil.
Fikirkan Michael Phelps, hanya mungkin tidak dengan saiz 14 kaki.
Dengan bentuk badan ini, ia adalah amat penting untuk memberi perhatian kepada ketidakseimbangan antara badan atas dan bawah.
Anda boleh :
Menambah tali pinggang untuk fokus di bahagian pinggang di samping dapat menarik perhatian pada bahagian ini.
Pakai tee breton berjalur – walaupun klasik dalam bergaya, ia juga adalah sesuai untuk seorang lelaki yang berbentuk ini, terutamanya jika jalur memberi tumpuan di sekitar perut dan bukan dada.
Pilih baju leher-V dan “jumpers” kerana ia dapat memberi tumpuan ke bawah tanpa mengambil perhatian dada anda.
Cuba gayakan dengan seluar bercetak. Ia memberi tumpuan dibahagian bawah anda.

Jenis badan segi 3 ialah mempunyai bahu dan dada yang sempit berbanding bahagian pinggang dan pinggul.
Ia membuat anda kelihatan lebih besar pada bahagian bawah tubuh anda.
Dengan bentuk badan segi 3, anda perlu memberi tumpuan kepada memperbaiki ketidakseimbangan yang diwujudkan oleh bahagian bawah kerana ia lebih besar daripada bahagian atas badan.
Anda boleh :
Pakai “single-breasted piece” dan gayakan dengan butangkan dari bawah untuk menyelaraskan tubuh badan anda.
Gunakan blazer berstruktur dan jaket untuk memberi bentuk ke garisan bahu.
Pilih warna yang lebih gelap pada bahagian atas.
Anda boleh menambah warna dengan memakai lapisan tee yang terang ataupun boleh bersama “jumpers”.

Jenis badan segi 4 tepat mempunyai bahu yang luasnya sama luas pinggang dan pinggul.
Berpakaian untuk bentuk badan ini bertujuan untuk meluaskan bahu sambil merapatkan tubuh yang lebih rendah untuk mencipta ilusi lebih kepada bentuk trapezoid.
Anda boleh :
Pakai blazer berstruktur yang empuk di bahu manakala sempit di ketiak.
Mencari bentuk ideal ini adalah sukar, jadi minta tukang jahit anda jahitkan ke dalam bagi bahagian jaket anda dan lengan jaket itu untuk kecilkan.
Lapiskan pakaian anda – kemeja dan “jumpers” boleh digunakan untuk meluaskan dada, terutamanya dengan memakai “jumpers” yang “fit” .
Cuba pakai jenis leher bulat untuk menarik perhatian bahagian atas tubuh anda.

Seperti namanya, bentuk ini muncul bulatan di kawasan perut.
Ini sering menyebabkan bahu sempit dan kelangsingan di kaki yang lebih rendah.
Di sini, ia penting untuk memberi tumpuan kepada memanjangkan tubuh badan anda dan melebarkan bahu untuk membuat seluruh rupa badan lebih seimbang.
Anda boleh:
Pakai jalur menegak dan “pinstripes” untuk kelihatan memanjang.
Pastikan kaki seluar dan baju lengan panjang bersesuaian dengan betul.
Pakai cetakan terperinci atau bertekstur dalam warna-warna gelap.
Memakai seluar sendat yang membantu memanjangkan kaki.
Sumber The Idle Man
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]