Kereta semakin selamat dengan rangka kukuh dan beg udara

Kereta semakin selamat dengan rangka kukuh dan beg udara

Zon remuk dan beg udara yang direka untuk menyerap daya hentakan memberi sumbangan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang membawa maut.

Walaupun media sering melaporkan statistik kemalangan jalan raya yang semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu, fakta sebenarnya jalan raya kini, terutamanya di negara maju, adalah lebih selamat berbanding semasa kereta mula dicipta.

Peningkatan tahap keselamatan kereta merupakan salah satu faktor penyumbang.

1. Zon lemah yang strategik

Kereta kini semakin selamat kerana kebanyakannya direka dengan “zon kemek” untuk menyerap sebanyak mungkin tenaga daripada impak pelanggaran depan dan belakang.

Tujuannya ialah untuk mengurangkan tenaga pelanggaran daripada dipindahkan kepada penumpang apabila sesebuah kenderaan itu berlanggar dengan objek padu.

2. Tali pinggang keledar

Semasa pelanggaran, tali pinggang keledar mengagihkan tekanan ke bahagian yang paling kuat di tubuh manusia iaitu di dada dan pelvis.

Tanpa tali pinggang keledar, penumpang akan terus bergerak ke hadapan semasa impak depan sehingga diberhentikan oleh objek seperti cermin hadapan, stereng, papan pemuka atau kerusi hadapan.

Penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar juga boleh menjadi penyebab kepada kecederaan penumpang lain.

3. Rangka yang lebih kukuh

Kereta lebih selamat kerana ia lebih kukuh di bahagian yang penting.

Untuk melindungi penumpang daripada impak secara terus, penumpang perlu mengekalkan bentuknya semasa pelanggaran.

Antara standard reka bentuk bagi keselamatan kenderaan adalah keperluan keteguhan dan kekukuhan bagi pintu tepi dalam melindungi penumpang daripada impak pelanggaran bahagian tepi; turus stereng mudah patah untuk mengurangkan risiko terhimpit atau kecederaan akibat cucukan daripada impak hadapan; kunci pintu anti-pecah; dan salutan pada panel peralatan.

4. ABS

Sistem brek anti-kunci atau ABS direka untuk menghalang brek daripada “terkunci” iaitu apabila tayar berhenti berpusing dan mula menggelincir.

ABS mengurangkan kehilangan cengkaman semasa berhenti di saat kecemasan dan meningkatkan kebolehan pemandu untuk mengawal kenderaan.

Sistem ini bertindak melalui alat pengesan pengawal berkomputer yang terdapat di setiap tayar.

Pemandu yang menekan brek semasa kecemasan akan merasa “denyutan” pada penekan brek, iaitu hasil tekanan silih berganti yang menaik dan menurun pada brek oleh pengawal.

5. Faedah keselamatan yang lebih

Pengeluar kereta kini mengeluarkan kereta yang semakin selamat dan kita dapat menjangka lebih banyak peningkatan di masa hadapan.

Sebagai contohnya, beg udara pintar yang dapat menyesuaikan kadar pengembangan dan tali pinggang keledar yang melaraskan tekanan bergantung pada berat badan penumpang kini merupakan ciri biasa bagi kereta baru.

Manakala pengesan yang meningkat atau mengurangkan kelajuan kereta menurut keadaan trafik kini boleh didapati.

Bagaimanapun, alat keselamatan bukan merupakan jaminan mutlak.

Pemandu mestilah bertanggungjawab memantau keselamatan kereta serta sikap mereka semasa memandu.

Sumber Spanco.com.my

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.