Sri Lanka musnahkan sebahagian besar rangkaian pengebom

Sri Lanka musnahkan sebahagian besar rangkaian pengebom

Polis berkata hampir semua orang yang disyaki dan dalang-dalang yang terlibat dalam serangan 21 April sudah ditahan atau mati.

(Reuters pic)
COLOMBO:
Pihak berkuasa Sri Lanka memusnahkan sebahagian besar rangkaian yang dikaitkan dengan serangan Easter Ahad, merampas bahan-bahan pembuatan bom dan membekukan aset bernilai kira-kira AS$40 juta yang dikaitkan dengan dalang-dalangnya.

Dalam satu kenyataan audio daripada Kementerian Pertahanan Sri Lanka semalam, Pemangku Ketua Polis, Chandana Wickramaratne berkata hampir semua orang yang disyaki dan dalang-dalang yang terlibat dalam serangan 21 April itu sudah ditahan atau mati.

“Terdapat juga 2 orang dalam kalangan kumpulan dalang-dalang itu yang pakar membuat bom dan 2 orang itu sudah mati,” kata Wickramarate.

“Mereka simpan sebahagian daripada bahan letupan untuk serangan masa depan dan kami rampas semuanya.”

Penyiasat sedang mengesan 10 lagi orang penting yang dikaitkan dengan merancang serangan itu, yang meragut 250 nyawa termasuk 42 orang asing, kata sumber tentera hari ini.

“Siasatan mendapati terdapat 8 hingga 10 orang yang menyertai mesyuarat bersama dalang-dalang lain,” kata sumber itu.

Aset bernilai hampir AS$40 juta milik pengebom-pengebom dan dalang-dalang yang dikaitkan dengan serangan 21 April dibekukan, kata jurucakap polis, Ruwan Gunesekera.

Pihak berkuasa Sri Lanka berkata pengeboman-pengeboman itu dipercaya dilakukan oleh 2 kumpulan Islam picisan, iaitu National Tawheed Jamaath (NTJ) dan Jamathei Millathu Ibrahim (JMI). IS mengaku bertanggungjawab.

Penyiasat dari 8 negara, termasuk Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat dan Interpol sedang membantu Sri Lanka melakukan siasatan.

Tumpuan ketika ini sama ada dalang-dalang mendapat bantuan asing, sumber dana dan adakah pengebom-pengebom mempunyai sebarang kaitan dengan IS.

Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena pada hujung minggu berkata semua petunjuk menunjukkan IS terlibat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.