
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata, Shukrie akan memainkan peranan penting dalam memacu dan memantau strategi berkaitan operasi, keselamatan, perancangan dan pembangunan lapangan terbang, pengurusan projek serta kemudahan dan perkhidmatan perundingan kumpulan bagi memantau operasi dan pengurusan lapangan terbang.
“Berdasarkan pengalaman luas beliau, termasuk dalam perbankan pengguna dan korporat, penggabungan dan pengambilalihan, pengurusan risiko dan sumber manusia, beliau membawa nilai penting ke dalam kumpulan bagi merealisasikan sasaran meletakkan Malaysia sebagai hab penerbangan kukuh, selain berubah menjadi pemimpin perkhidmatan.”
Shukrie pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pos Malaysia Bhd dan turut berkhidmat untuk DRB-Hicom, syarikat induk Pos Malaysia selama 12 tahun.
Beliau menyertai sayap logistik AirAsia, Redbox pada Februari 2018.