Badan pemikir beritahu PH bagaimana pulih semangat federalisme

Badan pemikir beritahu PH bagaimana pulih semangat federalisme

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi berkata Malaysia dibentuk sebagai persekutuan, tetapi pentadbiran dan amalan fiskal semakin dipusatkan dalam tahun-tahun selepas itu.

Ideas menyarankan Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan dikaji semula untuk pemencaran fungsi-fungsi dasar utama.
PETALING JAYA:
Sebuah badan pemikir berkata kajian semula Perlembagaan Persekutuan dan mengembalikan semula pilihan raya tempatan cara kerajaan Pakatan Harapan menunaikan ikrar memulihkan semangat federalisme dalam manifestonya.

Dalam kertas dasar yang diterbitkan hari ini, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) berkata walaupun Malaysia dibentuk sebagai persekutuan, pentadbiran dan amalan fiskal semakin dipusatkan dalam tahun-tahun selepas itu.

Dokumen “Reviving the Spirit of Federalism: Decentralisation Policy Options for a New Malaysia” dan dikarang oleh felo Ideas, Tricia Yeoh.

Beberapa syor-syor penting terkandung dalam dasar itu, termasuk kaji semula Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan bagi memencarkan fungsi-fungsi dasar utama.

“Kajian semula pemencaran ini tepat pada masanya bawah kerajaan persekutuan baru, dan juga akan menunjukkan komitmen dari segi dasar kepada janji yang terkandung dalam manifesto PH untuk menghidupkan semula semangat persekutuan,” katanya.

Ia menambah PH dalam manifestonya berikrar untuk memberikan kerajaan negeri bidang kuasa menguruskan pengangkutan awam, kebajikan sosial, perkhidmatan sosial, pertanian dan perlindungan alam sekitar.

“Fungsi-fungsi dasar lain seperti pendidikan juga mungkin wajar diteroka, selain fungsi-fungsi dasar yang diterangkan dalam manifesto itu.”

Satu lagi syor adalah negeri menubuhkan perkhidmatan awam tersendiri, seperti amalan di Johor yang membolehkan negeri merekrut, melatih, mengaji dan melantik kakitangan awam sendiri.

Ini termasuk kakitangan awam kanan seperti setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan negeri, penasihat undang-undang dan ketua-ketua jabatan yang penting seperti unit perancangan ekonomi negeri.

“Negeri-negeri kecil seperti Perlis dan Kedah yang mungkin tiada kemampuan untuk membayar kakitangan awam tersendiri boleh menubuhkan agensi perkhidmatan awam bersama, atau terus bergandung pada versi perkhidmatan awam persekutuan yang dikurangkan.”

Syor-syor itu, kata Ideas, akan memberikan autonomi lebih luas pada negeri dalam hal pengambilan dan pemberhentian kakitangan awam masing-masing.

Ia juga berkata pemulihan pilihan raya tempatan penting untuk menzahirkan demokrasi tadbir urus dalam sifat sebenarnya menerusi ketelusan, kebertanggungjawab dan kecekapan yang lebih baik dan wakil-rakil rakyat yang dipilih di peringkat akar umbi.

Ideas juga mencadangkan negeri-negeri menerima hasil cukai penggunaan supaya mereka menikmati akses sumber kewangan yang lebih besar, dan penting untuk membiayai fungsi-fungsi operasi kerajaan negeri.

“Untuk melaksanakan pemencaran secara bermakna, negeri-negeri mesti ada keupayaan kewangan untuk berbuat melakukannya.

“Kedua, dengan autonomi lebih luas, negeri-negeri tidak perlu bergantung pada sumber asli sebagai satu-satunya sumber pendapatan,” katanya.

Ia juga mengesyorkan Putajaya merujuk kerajaan negeri dalam hal pelantikan pentadbiran yang utama bagi mengelakkan percanggahan atau konflik akibat pelantikan-pelantikan itu.

“Jika salah satu pihak tidak bersetuju dengan individu yang dicalonkan itu, pelantikan tidak patut dilakukan. Seorang lagi individu mesti diketengahkan sebagai calon untuk jawatan tersebut.”

Ideas berharap jawatankuasa pilihan Parlimen mengenai hubungan kerajaan persekutuan-kerajaan negeri akan pertimbangkan syor-syornya dan memulakan perbincangan awam dengan pihak pihak-pihak yang berminat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.