
Sirisena menggunakan kuasa darurat untuk melarang pemakaian sebarang bentuk purdah di khalayak ramai.
“Larangan itu untuk memastikan keselamatan negara. Tiada siapa patut menutup muka mereka yang menyukarkan pengecaman,” menurut kenyataan dikeluarkan pejabat presiden semalam.
Pengumuman itu menyusul agamawan tempatan yang menggesa wanita Islam tidak menutup muka mereka kerana bimbang tindak balas selepas pengeboman yang dilakukan pengganas berkait dengan kumpulan IS.
Majoriti penduduk Sri Lanka beragama Buddha dengan kira-kira 10% daripada 21 juta populasinya ialah umat Islam.
Kebanyakan umat Islam di negara itu mengamalkan ajaran Islam liberal dan hanya sebilangan kecil wanita memakai purdah.