Jokowi dahului Prabowo dengan 9.6 juta undi

Jokowi dahului Prabowo dengan 9.6 juta undi

Pemerhati politik berkata, kelebihan itu memudahkan Jokowi mempertahankan jawatan presiden Indonesia untuk penggal ke-2.

Jokowi dipilih sebagai presiden Indonesia buat pertama kali pada Julai 2014. (Gambar AFP)
JAKARTA:
Presiden, Joko Widodo selesa mendahului lawannya, Prabowo Subianto dalam pilihan raya presiden Indonesia dengan kelebihan 9.6 juta undi, selepas proses pengiraan undi mencapai 50.5%.

Pemerhati politik melihat kelebihan peratusan undi yang diterima Jokowi setakat ini memudahkan beliau mempertahankan jawatan presiden untuk penggal 2019 hingga 2024.

Mengikut real count atau pengiraan undi menerusi laman web rasmi Komisi Pemilihan Umum (KPU), Jokowi dan pasangannya Ma’aruf Amin, 76, untuk jawatan naib presiden, memperoleh 56.2% (43,436,826 undi) berbanding Prabowo, 67, dan pasangannya, Sandiaga Uno, 49, yang mendapat 43.76% (33,794,744 undi).

Peratusan itu berdasarkan pengiraan undi di 411,409 daripada keseluruhan 813,350 pusat mengundi.

Pada 17 April lalu, 77.5% daripada 192,828,520 pengundi layak mengundi, menjalankan tanggungjawab mereka pada pilihan raya umum Indonesia (Pemilu) tahun ini. Proses pengiraan undi dijangka selesai 22 Mei ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.