Pengerusi PPBM diganti sebab Osman letak jawatan MB Johor

Pengerusi PPBM diganti sebab Osman letak jawatan MB Johor

Setiausaha agung PPBM, Marzuki Yahya mengesahkan pengerusi PPBM Johor ialah Osman, bukan Muhyiddin seperti dilaporkan media.

Pengumuman pengerusi baru PPBM Johor akan dibuat oleh Muhyiddin Yassin selaku presiden parti.
PETALING JAYA:
Pengarah media PPBM Johor Mohd Solihan Badri berkata, jawatan pengerusi PPBM negeri itu akan diganti dengan orang lain kerana penyandangnya Osman Sapian telah meletak jawatan sebagai menteri besar.

Beliau berkata, ia adalah amalan biasa disebabkan jawatan itu kini kosong dan perlu diganti.

“Laporan media yang mengatakan presiden PPBM Muhyiddin Yassin letak jawatan pengerusi PPBM Johor tidak betul. Jawatan itu dipegang oleh Osman sebelum ini,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, setiausaha agung PPBM, Marzuki Yahya berkata, berlaku salah faham dalam laporan media tentang perkara itu dan seterusnya mengesahkan pengerusi PPBM Johor ialah Osman, bukan Muhyiddin.

Solihan berkata, pengerusi baru PPBM Johor sudah diputuskan namun pengumuman mengenainya akan dibuat selepas Aidilfiri depan.

Katanya pengumuman itu akan dibuat oleh Muhyiddin selaku presiden parti.

“Saya rasa sebelum pemilihan parti berlangsung (pengumuman dibuat) dan kita harap ia dapat diselesaikan dengan baik sebab ini penting untuk perjalanan parti dan kerajaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.