Ketika melepasi pusat servis Volkswagen 4S di Selayang Kuala Lumpur baru-baru ini kami mendapati beberapa pekerja menggantikan papan tanda Volkswagen dengan memasang papan tanda baru, iaitu Proton.

Pusat servis ini yang memulakan operasi sejak 3 Disember 2015, pusat perkhidmatan teknikal Volkswagen yang kedua di Malaysia.
Terletak di Taman Perindustrian Selayang, Batu 8 1/2, Jalan Ipoh, 68100, Batu Caves, di sepanjang jalan utama menghala ke Kuala Lumpur ia kini akan berubah wajah menjadi pusat servis Proton 4S yang dilengkapi bilik pameran dan stor simpanan dan akan dibuka secara rasmi pada Mei ini.

Sekiranya anda membaca artikel ini dan baru membeli Volkswagen dari Goh Brothers Selayang dalam tempoh 4 tahun lepas, jangan risau kerana jaminan kenderaan anda masih sah di semua pengedar Volkswagen yang ada di seluruh negara.
Bilik pameran Selayang ini telah dirasmikan pada 3 Disember 2015 oleh pengarah urusan Kumpulan Volkswagen Malaysia Armin Keller dan pengerusi Goh Brothers pada masa itu, Goh Kian Sin.
Sebelum ini, pengurus lepas jualan mereka yang sangat berpengalaman, Chong Fui Dick bersama 29 kakitangan mengendalikan fasiliti pusat servis yang bernilai RM25 juta itu.
Papan tanda yang tergantung di luar bilik pameran itu juga berkata mereka mencari staf baru, lalu timbul persoalan kenapakah mereka tidak mengekalkan kakitangan lepas untuk menguruskan bilik pameran Proton yang baru ini?
Pusat servis Volkswagen itu dikendalikan oleh Goh Brothers mempunyai 5 tingkat dengan keluasan lantai 55,000 kaki persegi.

Pusat servis bernilai RM3 juta ini juga mempunyai 20 ruang servis mengagumkan di semua 3 tingkat.
Ketika pelancaran pusat servis baru Proton ini turut dimaklumkan akan menambah 18 lagi ruang servis di 2 tingkat lagi.
Cawangan ini juga mempunyai kemudahan penyimpanan 4 tingkat dengan keluasan 3,000 kaki persegi dengan 4,000 alat ganti yang tersedia pada bila-bila masa.
Alat ganti itu sentiasa diperbaharui daripada pusat alatan pusat yang terletak di Shah Alam, Selangor dan Singapura.
Goh Brothers membelanjakan RM1.5 juta bagi menyediakan bengkel cat yang pada masa itu merupakan satu-satunya pusat cat bertauliah di utara KL.

Ia mempunyai 2 bilik semburan cat, 2 tempat baiki pulih akibat kemalangan, tempat “alignment” dan sistem pengukur mekanikal untuk memastikan ketepatan ketika membaiki kereta yang disebabkan perlanggaran.
Semua peralatan itu diluluskan oleh Volkswagen.
Goh Brothers Motor Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Malaysia dengan pejabat utamanya terletak di Bukit Mertajam.
Ia beroperasinya dalam industri kenderaan dan motor, termasuk alat ganti.
Syarikat itu ditubuhkan pada 26 Jun 2006 dan masih merupakan pengedar sah Volkswagen di negeri lain di Malaysia.
Artikel ini adalah terbitan DS&F, layari www.dsf.my untuk maklumat lanjut mengenai perkembangann terkini automotif.
Facebook: https://www.facebook.com/DSF-469102903133988
Instagram: https://www.instagram.com/drivesafeandfast/
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]