Bubar 3 pasukan khas, struktur semula, sasar tingkat prestasi polis, kata Muhyiddin

Bubar 3 pasukan khas, struktur semula, sasar tingkat prestasi polis, kata Muhyiddin

Ketua polis negara, Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, 60% arahan pertukaran pegawai serta anggota pasukan khas dikeluarkan secara berperingkat.

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata, langkah pembubaran 3 pasukan khas polis adalah selaras dengan usaha pembaharuan kerajaan.
SERI KEMBANGAN:
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata, langkahpenstrukturan semula pasukan polis dan pembubaran 3 pasukan tindakan khasnya disasar untuk menambahbaik prestasi pasukan itu, di samping mengelak pertindihan fungsi dalam kalangan unit serta pasukan tindakan khas.

Pasukan yang dibubarkan terdiri daripada Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangesterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) bertujuan bagi menstruktur semula pasukan polis ke arah lebih baik.

“Tindakan dibuat polis itu (pembubaran) selaras dengan usaha kerajaan dalam melakukan pembaharuan kerana kita dapati kalau ada pertindihan fungsi dalam badan terbabit maka ia tak wajar diteruskan.

“Kita yakin dengan ‘alignment’ yang baru ini peranan pasukan polis akan lebih cekap dan berkesan,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG) di sini, hari ini.

Semalam ketua polis negara, Mohamad Fuzi Harun dilapor berkata, sehingga kini kira-kira 60% arahan pertukaran pegawai serta anggota pasukan berkenaan sudah dikeluarkan secara berperingkat.

Menurut Mohamad Fuzi, pembubaran pasukan itu masih belum selesai sepenuhnya kerana ia tidak boleh dilakukan secara sembarangan serta memerlukan waran untuk melakukan penstrukturan semula.

Sementara itu semasa mengulas statistik baru sebuah badan penyelidik bebas yang merumuskan bahawa “rating” kerajaan Pakatan Harapan (PH) merosot kepada 39% daripada 79% antara 21 Mei lepas dan 11 Mac tahun ini, Muhyiddin berkata, PH akan mengambil perhatian serius mengenai perkara itu.

“Kita tahu ‘rating’ tidak berapa baik, tapi masih ada banyak masa untuk kita bangunkan semula kedudukan kita dan meningkatkan prestasi.

“Ada banyak juga yang telah dilakukan kerajaan PH dan kita masih perlu menangani isu serta masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan tedahulu,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.