
Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pembayaran bantuan tersebut akan diselaras oleh Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal selepas dibangkitkan oleh kerajaan negeri Sabah dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).
“Peruntukan tambahan ini adalah hasil keprihatinan kerajaan Persekutuan untuk membantu pekebun kecil Sabah yang sekarang berdepan dengan harga getah yang rendah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
“LIGS membuat rayuan bahawa takrifan pekebun kecil di Sabah seharusnya merangkumi pengusaha getah dengan keluasan kebun 6 hektar dan ke bawah yang melibatkan lebih 70,000 pekebun getah,” katanya.
Kerajaan sebelum ini menyediakan bantuan musim tengkujuh sebanyak RM200 sebulan untuk 3 bulan (November 2018, Disember 2018 dan Januari 2019) kepada pekebun kecil getah, iaitu pengusaha getah dengan keluasan kebun 2.5 hektar dan ke bawah di seluruh negara melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), katanya.
Bantuan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM165 juta dan membabitkan hampir 275,000 pekebun kecil, termasuk 6,000 pekebun kecil di Sabah yang berdaftar dengan RISDA, katanya.