Sri Lanka kata pelampau Islam tempatan dalang serangan

Sri Lanka kata pelampau Islam tempatan dalang serangan

Kerajaan sedang menyiasat sama ada National Thowheeth Jama'ath mendapat sokongan antarabangsa.

(Gambar Reuters)
COLOMBO:
Kerajaan Sri Lanka percaya kumpulan pelampau Islam, National Thowheeth Jama’ath mendalangi serangan bunuh diri yang meragut hampir 300 nyawa, kata jurucakap kerajaan, Rajitha Senaratne hari ini.

Menteri itu berkata kerajaan sedang menyiasat sama ada kumpulan tersebut mendapat “sokongan antarabangsa”.

Dokumen yang dilihat AFP menunjukkan ketua polis Sri Lanka mengeluarkan amaran pada 11 April, mengatakan sebuah “agensi perisikan asing” melaporkan NTJ merancang serangan terhadap gereja dan Suruhanjaya Tinggi India.

Tidak banyak yang diketahui mengenai NTJ, kumpulan radikal Islam yang pernah dikaitkan dengan merosakkan patung-patung Buddha.

Sumber polis memberitahu AFP bahawa semua 24 orang yang ditahan berkaitan serangan itu menganggotai kumpulan “pelampau”, tetapi tidak memberi perincian lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.