
Kesepakatan itu dicapai dalam pernyataan pada akhir rundingan sesi tergempar yang diadakan di Kaherah.
Merujuk kepada pelan Amerika Syarikat (AS), dinamakan “perjanjian abad ini”, untuk menubuhkan negara Palestin di Semenanjung Gaza tanpa memberi hak undang-undang kepada rakyat Palestin, sesi tergempar itu berpendapat usaha berkenaan tidak akan membawa keamanan yang komprehensif dan berkekalan di Timur Tengah.
Hak yang disebutkan itu, termasuk aspirasi rakyat Palestin untuk menubuhkan semula negara merdeka pada 4 Jun 1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara, pampasan kepada pelarian dan tawanan dibebaskan.
Pernyataan itu juga menggesa kumpulan Palestin mewujudkan perdamaian nasional dan mengadakan pilihan raya secepat mungkin.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada mesyuarat tergempar itu berkata, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu “tidak percaya kepada keamanan”.
Beliau turut menuduh Israel melanggar seluruh resolusi antarabangsa termasuk Perjanjian Oslo dan Protokol Ekonomi Paris sejak 1947.
Keputusan Presiden Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan Kedutaan AS dari Tel Aviv turut dikecam Abbas.