
Hakim Nazlan Ghazali mengeluarkan perintah itu selepas pendakwa raya fiat V Sithambaran berkata video perbicaraan tersebut dimuat naik di Facebook minggu lalu.
“Saya ingin ingatkan semua orang tidak membuat komen dan analisis yang prejudis kepada perbicaraan ini.”
Khamis lalu, video mengenai perbicaraan Najib dimuat naik dalam Facebook bekas pegawai khasnya, Isham Jalil.
Video itu menunjukkan, peguam Najib, Shafee Abdullah kelihatan menyoal balas 2 saksi.
Sithambaran memberitahu mahkamah sebelum ini bahawa pasukan pendakwaan ingin menarik perhatian kepada video itu.
Katanya, CRT itu bertujuan membantu pihak peguam dan timbalan pendakwa raya menyediakan nota perbicaraan mereka.
“Apabila peguam dan pendakwa memohon untuk mendapatkan CRT dari pendaftar mahkamah, kita perlu beri jaminan kita tidak akan mengedar video tersebut kerana ia hanya untuk perbicaraan.
Katanya, Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang membenarkan sesiapa pun memuat naik perbicaraan mahkamah ke dalam talian.
Shafee bagaimanapun berkata, semua perbicaraan dalam mahkamah Malaysia terbuka kepada umum dan “kita tidak ada perbicaraan sulit”.
“Ini satu lagi kes di mana kami diberi notis 24 jam oleh pendakwaan untuk menimbulkan isu ini.
“Polis juga memaklumkan mereka sedang siasat kes video tersebut. Pada pandangan kami, kita tidak patut menjejaskan siasatan mereka,” katanya.
Polis berkata, mereka sedang menyiasat kes video itu di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Najib, 66, berhadapan 3 pertuduhan pecah amanah, 1 pertuduhan salah guna kedudukan dan 3 pemindahan wang haram daripada wang SRC International berjumlah RM42 juta.