Kondom sememangnya berfungsi untuk mencegah kehamilan bagi tujuan perancangan keluarga.

Disebabkan itu, tidak menggunakan kondom atau silap cara penggunaannya adalah kesilapan biasa yang dilakukan pasangan suami isteri.
Menurut pakar kesihatan seksual lelaki Dr. Paul Turek, kesilapan yang sering terjadi ini perlu diteliti dengan lebih berhati-hati agar ia tidak lagi berulang.
5 Kesilapan Penggunaan Kondom
1. Menggunakan kondom secara terbalik
Menurut Dr. Turek, kondom agak sukar untuk dipasang dan dicabut jika ia dipasang secara terbalik.
Namun begitu, masih ramai lelaki yang tersilap cara memakainya.
Oleh itu, lelaki perlu lebih bijak menilai dan mengetahui cara dan bahagian yang betul untuk memasang kondom.
Pengunaan kondom yang terbalik akan mengurangkan keberkesanan spermicide iaitu lapisan yang digunakan untuk menghentikan sperma daripada terus bergerak.
2. Menggunakan 2 kondom sekali gus
Ada lelaki yang beranggapan bahawa memakai 2 kondom sekali gus pada waktu yang sama akan memberi lebih perlindungan buat mereka.
Sebenarnya, ia adalah tidak benar kerana pemakaian 2 kondom akan menjadikannya lebih ketat dan memberi tekanan kepada zakar.
Ini seterusnya akan mengakibatkan kondom lebih mudah terkoyak lalu membenarkan sperma untuk melaluinya.
3. Menggunakan kondom terlalu lambat
Kebanyakan lelaki gemar melakukan “foreplay” sebelum memakai kondom.
Ia mungkin selamat selagi anda belum melakukan penetrasi.
Menurut Dr. Turek lagi, lelehan air mani yang keluar ketika “foreplay” adalah mengandungi lebih banyak sperma.
Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan kondom sebelum mula melakukan hubungan seks.
4. Menggunakan kondom terlalu awal
Anda juga perlu tahu bahawa anda tidak boleh memakai kondom terlalu awal iaitu semasa zakar masih belum mengalami ereksi.
Ia akan menghalang anda daripada merasai sensasi hubungan seks yang sebenarnya lalu merencatkan libido anda dan pasangan.
5. Menggunakan kondom dengan saiz yang salah
Kecil, sederhana dan besar – lelaki selalu mengalami kesukaran untuk menentukan saiz kondom mereka.
Menurut Dr. Turek, lelaki gemar menganggap saiz zakar mereka lebih besar daripada sepatutnya.
Ia mungkin akan mengakibatkan kondom tercabut atau mempunyai ruang-ruang di sekelilingnya lalu membenarkan sperma lebih mudah melaluinya.
Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Kumpulan Hello Health tidak menyediakan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]