7 ditahan, angka korban letupan di Sri Lanka lepasi 200

7 ditahan, angka korban letupan di Sri Lanka lepasi 200

Polis berkata, 7 suspek ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Colombo.

Jurucakap polis berkata, angkat korban kini mencecah 207 orang dan 450 lagi cedera dalam 8 letupan di sekitar Colombo hari ini. (Gambar Reuters)
COLOMBO:
Tujuh ditahan dan 3 pegawai polis terbunuh dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Colombo hari ini, ketika angka korban akibat satu siri letupan di gereja dan hotel mewah di Sri Lanka kini melepasi 200 orang, kata polis dan media tempatan.

“Kita mempunyai maklumat 207 kematian dari semua hospital. Berdasarkan maklumat itu, setakat ini kita mempunyai 450 mangsa cedera dimasukkan ke hospital,” kata jurucakap polis, Ruwan Gunasekera kepada wartawan di Colombo.

Belum ada butiran mengenai serbuan ke atas rumah di ibu negara Sri Lanka itu.

Lapan letupan, dengan sebilangannya yang pegawai beritahu dilakukan pengebom berani mati, yang menyebabkan kerajaan mengisytiharkan perintah berkurung serta larangan ke atas media sosial, termasuk Facebook dan WhatsApp.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.