UCL: Liverpool cemerlang atasi Porto untuk mara ke separuh akhir

UCL: Liverpool cemerlang atasi Porto untuk mara ke separuh akhir

Liverpool akan bertemu Barcelona di separuh akhir

Liverpool menyempurnakan tugas mereka dengan sebaik mungkin ketika berkunjung ke Estadio Do Dragao di Portugal untuk aksi menentang FC Porto.

The Reds membawa bekalan 2 gol dari Anfield daripada aksi pertama.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp mendahului menerusi Sadio Mane pada minit ke-26 selepas menerima hantaran daripada Mohamed Salah.

Mohamed Salah kemudian meneruskan sentuhan gol beliau apabila menyempurnakan hantaran Trent Alexander Arnold pada minit ke-65.

Liverpool dalam kedudukan agregate 3-0 dan Porto perlu menjaringkan 4 gol untuk mara.

Pada separuh masa kedua, Eder Militao menjaringkan gol saguhati pada minit ke-68.

Militao menanduk masuk sepakan penjuru Alex Telles.

Pada minit ke-77, Jordan Henderson melorongkan bola lintang dan disempurnakan oleh Roberto Firmino dengan tandukan bebas.

Dan sebelum wisel penamat, Virgil Van Dijk dengan mudah menjaringkan gol – satu lagi gol tandukan bebas dalam perlawanan ini.

Van Dijk menyambut kemas hasil umpanan Sadio Mane.

Perlawanan berkesudahan 4-1 dan Liverpool mara dengan agregate 6-1.

Liverpool akan berhadapan dengan Barcelona di separuh akhir.

Perlawanan pertama Barca bertemu Liverpool adalah pada 30 April ini di Camp Nou.

Manakala perlawanan kedua di Anfield akan berlangsung pada 7 Mei ini.

SUMBER : semuanyabola.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.