
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Kristian diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama sehari sempena perayaan Good Friday bermula tahun ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Borhan Dolah dalam surat edaran yang dimuat naik dalam laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini berkata, bagaimanapun cuti tanpa rekod itu tidak diberikan kepada pegawai di negeri yang perayaan Good Friday adalah hari kelepasan am.
Perayaan Good Friday akan disambut oleh penganut Kristian esok.