
Berdasarkan tinjauan Bernama di beberapa pusat pengundian daripada 14 semuanya yang dibuka sejak 8 pagi tadi, proses pengundian berjalan lancar dengan bantuan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pergerakan pengundi turut dibantu pelbagai kemudahan disediakan suruhanjaya berkenaan seperti kerusi roda dan juga kereta buggy.
Proses pengundian turut diserikan dengan kehadiran antara lain pasangan lengkap berpakaian pengantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Rantau yang hadir mengundi sebelum majlis resepsi mereka tengah hari tadi.
Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun yakin sasaran peratusan keluar mengundi sebanyak 70% berjaya dicapai sebelum semua pusat pengundian ditutup pada 5.30 petang ini.
Kehadiran pengundi yang ramai sejak pagi bagaimanapun sedikit perlahan pada waktu tengah hari, selain aliran trafik di jalan-jalan utama di pekan Rantau yang sedikit sesak.