Timbalan ketua pengarah Paddy dilantik ketuai Kastam

Timbalan ketua pengarah Paddy dilantik ketuai Kastam

Paddy Abd Halim menggantikan Subromaniam Tholasy yang menamatkan perkhidmatannya pada 9 Mac lalu.

Paddy Abd Halim (kanan) memulakan kerjaya sebagai penguasa Kastam Perak pada 1983. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Paddy Abd Halim dilantik mengetuai jabatan itu berkuat kuasa semalam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataan hari ini berkata, Paddy menggantikan Subromaniam Tholasy yang menamatkan perkhidmatannya pada 9 Mac lalu.

“Kementerian Kewangan ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada Subromaniam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang sebagai ketua pengarah Kastam, terutamanya dalam memimpin JKDM ke arah pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan dengan jayanya.”

Paddy memulakan kerjaya sebagai penguasa Kastam di Perak pada 1983, sebelum dilantik sebagai pengarah Bahagian Pengurusan Pematuhan Kastam pada 2011.

Pada 15 Julai 2016, beliau dinaikkan pangkat sebagai penolong ketua pengarah Kastam (Penguatkuasaan) dan timbalan ketua pengarah Kastam (Perkastaman/GST) mulai 1 Julai 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.