Proton X70 berjaya menjadi model paling popular 2019

Proton X70 berjaya menjadi model paling popular 2019

Pecah rekod jualan dengan 25,000 tempahan membawa Proton X70 ke era dimensi permotoran yang baru

Baru sahaja beberapa bulan dilancarkan, Proton X70 telah berjaya menjadi model Proton paling popular pada tahun 2019 dengan mencatatkan sebanyak 2,979 unit nombor pendaftaran yang telah didaftarkan dan menerima tempahan melebihi 25,000 unit.

Syarikat Proton telah mengatasi pasaran industri dengan peningkatan pendaftaran sebanyak 46.1% bersamaan dengan kadar pertumbuhan yang hampir empat kali lebih tinggi daripada peratusan keseluruhan industri.

Pencapaian yang diperolehi dari keseluruhan jualan Proton yang sangat memberangsangkan, telah menjadikan Proton, jenama yang paling tinggi hasil jualan berbanding jenama yang lain.

Pada masa yang sama, pencapaian ini dipengaruhi oleh peningkatan dari segi khidmat jualan, servis, kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan.

Dengan peningkatan ini, pihak Proton yakin bahawa syarikat mereka akan mempunyai kelebihan dalam meningkatkan lagi jualan dengan pelancaran pelbagai lagi model yang bakal dikeluarkan pada tahun ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.