Datuk Seri didakwa esok atas projek terowong dasar laut P Pinang

Datuk Seri didakwa esok atas projek terowong dasar laut P Pinang

Lelaki berumur 38 tahun itu akan berdepan 3 pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, esok.

Sumber berkata, ahli perniagaan itu ditahan SPRM pada Februari 2018 kerana dipercayai menerima RM19 juta daripada syarikat pembinaan projek terbabit sekitar Julai dan Ogos 2017. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri akan didakwa esok berkaitan siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan pendakwaan berkaitan kes itu.

Sumber berkata, SPRM sudah mendapat izin mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara terhadap ahli perniagaan itu.

Lelaki berumur 38 tahun itu akan berdepan 3 pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, esok.

Lelaki itu ditahan SPRM pada Februari 2018 kerana dipercayai menerima RM19 juta daripada syarikat pembinaan projek terbabit, selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan SPRM.

Menurut sumber itu, syarikat terbabit membayar RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos 2017, dengan semua pembayaran dilakukan di sekitar Lembah Klang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.