
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Wilayah Persekutuan.
“Peniaga asing ini aktif di pasar-pasar borong dan pasar harian yang memerlukan tindakan secara bersama dari keempat-empat kementerian ini,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.
Salahuddin berkata, Kabinet meluluskan penubuhan jawatankuasa khas itu Jumaat lalu dan ketua setiausaha 4 kementerian itu akan mengkaji masalah berkenaan secara mendalam.
“Antara isu utama yang dikenal pasti adalah kenaikan harga barang, orang tengah mengambil keuntungan berlebihan, (isu) keselamatan, persaingan dengan peniaga tempatan dan impaknya kepada pengguna serta petani, penternak dan nelayan.”