Pemandu Ferrari, Charles Leclerc cemerlang sambar petak pertama Grand Prix Bahrain

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc cemerlang sambar petak pertama Grand Prix Bahrain

Leclerc tewaskan Vettel, Hamilton dan Bottas untuk bernula di petak pertama di Litar Bahrain.

Pendatang baharu Formula 1 (F1), Charles Leclerc mengetepikan rakan sepasukan yang juga juara dunia empat kali, Sebastian Vettel untuk menyambar petak pertama Grand Prix Bahrain, Ahad.

Pemandu muda Ferrari dari Monaco itu akan memulakan perlumbaan esok di petak depan buat kali pertama, sekali gus meletakkan pasukannya pada landasan terbaik untuk memenangi saingan di Litar Antarabangsa Bahrain.

Dua pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas masing-masing mencatat masa ketiga dan keempat terpantas dalam sesi kelayakan.

“Esok adalah perlumbaan sebenar yang menawarkan mata tetapi hari ini permulaan yang bagus.

“Saya akan cuba melengkapkan tugas esok,” kata Leclerc menerusi radio pasukan.

Leclerc, 21, yang mencatat masa terpantas satu minit, 27.866s muncul pelumba kedua termuda dalam sejarah F1 berjaya menyambar petak pertama selepas Vettel. – AFP

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.