SPR sahkan pertandingan 4 penjuru di Rantau

SPR sahkan pertandingan 4 penjuru di Rantau

Proses penamaan calon dijalankan di Dewan Serbaguna SJK (C) Bandar Sri Sendayan, pagi tadi.

Empat calon PRK DUN Rantau yang disahkan bertanding, (dari kiri) Mohamad Hassan (BN) Dr S Streram (PH) dan 2 calon Bebas, Mohd Nor Yassin dan Malar Rajaram.
SEREMBAN:
Empat calon disahkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau selepas tamat proses penamaan calon pagi ini.

Mereka yang disahkan bertanding dalam pertembungan 4 penjuru itu ialah calon PH, Dr S Streram, 59; calon BN, Mohamad Hassan, 62, dan 2 calon bebas iaitu Malar Rajaram, 51 dan Mohd Nor Yassin, 67.

Nama mereka diumumkan oleh pegawai pengurus Mohd Mohd Nizam Tajul Arus sebentar tadi di Dewan Serbaguna SJK (C) Bandar Sri Sendayan yang menjadi pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Rantau.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari. Hari mengundi dijadualkan pada 13 April, sementara hari mengundi awal pada 9 April.

DUN Rantau mempunyai 20,926 pengundi berdaftar, yang terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan 4 pengundi tidak hadir.

11,283 pengundi atau 55.11% adalah pengundi Melayu, 3,849 atau 18.80% Cina, 5,336 atau 26.06% India dan 0.02 peratus lain-lain kaum.

Rantau merupakan satu daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.