Litar Bahrain bakal menyajikan aksi agresif pelumba

Litar Bahrain bakal menyajikan aksi agresif pelumba

Litar Bahrain mempunyai 2 zon sistem pengurangan pecutan yang membolehkan pelumba F1 untuk memintas jentera lain

Litar Antarabangsa Bahrain antara lima trek pa­ling popular yang menyajikan aksi pintas memintas dalam kalendar Formula 1 dunia.

Grand Prix Bahrain yang berlangsung hujung minggu ini bakal menyaksikan pelumba menggunakan strategi agresif yang bakal mewarnai perlumbaan, terutama selepas pengenalan zon ketiga DRS (sistem pengurangan pecutan).

Pelumba Mercedes, Valtteri Bottas mengakui, zon DRS tambahan memerlukan pendekatan agresif kerana ia membolehkan pemandu memintas dengan mudah jika dimanfaatkan sepenuhnya.

“Saya pasti akan ada beberapa insiden menarik dan semua orang, terutama penonton akan lebih gembira.

“Mungkin anda kena turun dengan lebih agresif kalau mahu memintas di zon tambahan DRS,” kata pelumba Finland itu.

Pada Grand Prix 2018, litar Bahrain mempunyai dua zon DRS iaitu di laluan lurus di antara Selekoh 15 dan 1 serta Selekoh 10 dan 11.

Begitupun tahun ini, mereka memperkenalkan zon ketiga iaitu dari Selekoh 3 dan 4,sekali gus memaksa jurutera setiap pasukan merangka peranca­ngan terbaik bagi memastikan jentera masing-masing memiliki kelebihan.

“Anda akan mempunyai ba­nyak peluang untuk memintas lawan, jadi saya fikir strategi dua hentian pit adalah yang terbaik.

“Harap, setiap pasukan akan tampil dengan strategi berbeza untuk memberi peluang kepada lebih ramai memintas.

“Sudah tentu banyak drama berlaku dan ia sesuatu yang bagus untuk dipertontonkan.

“Saya rasa, pemandu juga menggemari situasi ini kerana mereka pasti tidak sabar untuk memintas lawan masing-ma­sing,” kata pemandu McLaren, Lando Norris.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.