
“Pengawal pantai menyelamatkan 117 pendatang rakyat pelbagai negara Afrika rakyat yang menaiki sebuah bot getah,” menurut kenyataan agensi keselamatan bandar pelabuhan dan pantai Libya.
Kenyataan itu menyebut pendatang yang diselamatkan terdiri daripada 84 lelaki, 15 wanita dan 18 kanak-kanak.
Mereka diberikan bantuan kemanusiaan dan perubatan sebelum dibawa ke sebuah pusat penerimaan di Tripoli.
Susulan kebangkitan pada 2011 yang menumbangkan bekas pemimpin Muammar Gaddafi, Libya dibelenggu keadaan tidak aman dan kekecohan serta menjadi lokasi pilihan pendatang haram yang ingin menyeberangi Laut Mediterranean untuk ke Eropah.