NGO persoal bayaran RM1 keluar wang melalui MEPS

NGO persoal bayaran RM1 keluar wang melalui MEPS

MEPS terus mengenakan bayaran RM1 walaupun teknologi dengan nyata mengurangkan kos pengeluaran.

Setiap pengeluaran antara bank akan dikenakan bayaran RM1 melalui MEPS.
SUBANG JAYA:
NGO yang memantau sekatan kewangan dan kawal selia dalam industri mempersoalkan bayaran MEPS sebanyak RM1 bagi pengeluaran antara bank, menggelarkannya sebagai “tidak munasabah” berdasarkan kemajuan teknologi.

Presiden Persatuan Internet Digital Malaysia (MyIX), K Nantha memberitahu FMT bayaran itu sebenarnya harus lebih rendah.

“Ia membingungkan apabila MEPS terus mengenakan bayaran RM1 walaupun teknologi dengan nyata mengurangkan kos pengeluaran,” katanya.

MEPS berada di bawah Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), di mana pemegang saham terbesarnya ialah Bank Negara Malaysia (BNM). Saham selebihnya dipegang oleh konsortium 11 bank.

MEPS enggan mengulas lanjut mengenai bayaran RM1 tersebut apabila dihubungi FMT.

Nantha berkata PayNet juga memperkenalkan bayaran pemprosesan cek sebanyak 50 sen pada 2015 yang menurut Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu, ia akan meningkatkan kos menjalankan perniagaan sebanyak RM100 juta setiap tahun.

K Nantha.

Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana adanya teknologi untuk mengurangkan kos pemprosesan cek.

“Sebagai entiti yang dimiliki kerajaan, PayNet tidak mempunyai banyak maklumat, terutama mengenai rasional kutipan yuran RM1 untuk pengeluaran MEPS antara bank,” katanya sambil menambah jumlah tahunan yang dikutip itu harus diketahui pembayar cukai.

Beliau juga mempersoalkan peranan BNM sebagai pengawal selia melalui PayNet, mengatakan ini dapat menimbulkan konflik kepentingan.

Beliau juga mempersoalkan kebijaksanaan melantik warga asing sebagai ketua pegawai eksekutif PayNet, mengatakan terdapat ramai calon tempatan yang mampu menguruskan operasi PayNet yang telah lama diwujudkan.

Beliau menggesa BNM dan Suruhanjaya Sekuriti membuat kajian mendalam untuk menggalakkan penggunaan fintech atau teknologi kewangan di negara ini.

Beliau berkata mereka boleh mengambil contoh dari Singapura, yang secara agresif mempromosikan ekosistem fintech yang dinamik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.