
Peguam Adenan Ismail yang mewakili Mat Zain, memaklumkan panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Badariah Sahamid bahawa anak guamnya ingin menarik balik rayuan itu dengan kos RM2,500.
Badariah, yang bersidang bersama Hakim Zabariah Mohd Yusof dan Hanipah Farikullah, kemudian membatalkan rayuan itu dengan kos RM2,500.
Pada 6 Julai 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib untuk membatalkan saman itu kerana isu berkenaan menjadi akademik kerana Najib bukan lagi perdana menteri.
Dalam samannya yang difailkan pada 3 Mac 2018, Mat Zain mendakwa sumpah jawatan dan kesetiaan yang dibuat Najib pada 3 April 2009, tidak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia telah diubah.
Beliau memohon pengisytiharan tindakan Najib sebagai perdana menteri dan menteri kewangan sebagai batal dan tidak sah.
Adenan, yang ditanya sebab anak guamnya tidak mahu meneruskan rayuan itu semasa ditemui di luar mahkamah, berkata ia kerana perkara itu sudah tidak relevan kerana Najib bukan lagi perdana menteri.
Peguam Nurshafiqa Balqish Jaffri mewakili Najib.