Parlimen Britain lulus pindaan tarikh Brexit

Parlimen Britain lulus pindaan tarikh Brexit

Tarikh asal Britain keluar daripada EU ditukar dari 29 Mac kepada 12 April atau 22 Mei ini.

Dewan Rakyat Britain mengadakan undian yang menyaksikan 441 ahli Parlimen menyokong berbanding 105 undi menentang untuk menggugurkan tarikh asal Britain meninggalkan EU. (Gambar Reuters)
LONDON:
Ahli Parlimen Britain pada Rabu meluluskan pindaan tarikh Brexit pada 12 April atau 22 Mei, ketika Perdana Menteri, Theresa May bergelut di saat akhir merayu perjanjian Brexit diterima, lapor agensi berita Xinhua.

Sebanyak 441 undi menyokong berbanding 105 menentang, selepas undian dijalankan di Dewan Rakyat yang membolehkan tarikh Brexit dikuatkuasakan sebagai undang-undang serta menggugurkan tarikh asal Britain keluar daripada Kesatuan Eropah pada 29 Mac.

Terdahulu, May berjanji akan meletak jawatan sebagai perdana menteri jika Parlimen menyokong pelan Brexit yang 2 kali ditolak Parlimen sejak Januari lalu.

Ketika membentangkan rayuan di Parlimen, May berkata, beliau sedia berundur daripada jawatannya lebih awal jika pelannya diluluskan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.