Kashmir: 3 militan terbunuh dalam pertempuran

Kashmir: 3 militan terbunuh dalam pertempuran

Pertempuran berlaku di kawasan hutan Yarwan di Keller, daerah Shopian kira-kira 65 kilometer di selatan Srinagar.

Perang gerila antara militan dan pasukan India telah berlarutan di rantau itu sejak 1989.

SRINAGAR): Tiga militan terbunuh selepas bertempur dengan tentera kerajaan di Kashmir yang dikuasai India pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.

Pertempuran berlaku di kawasan hutan Yarwan di Keller, daerah Shopian kira-kira 65 kilometer di selatan Srinagar.

“Tiga militan terbunuh awal hari ini dalam kejadian berbalas serangan dengan tentera dan polis,” kata seorang jurucakap tentera India.

Katanya, identiti mangsa yang maut belum dikenal pasti.

Sementara itu, satu lagi pertempuran turut berlaku di Handwara, daerah Kupwara, barat laut Srinagar dan setakat ini tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Minggu lalu, 8 anggota militan terbunuh dalam 4 pertempuran berasingan di rantau terbabit.

Perang gerila antara militan dan pasukan India telah berlarutan di rantau itu sejak 1989.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.