TNB lantik CEO baru berkuat kuasa 2 April

TNB lantik CEO baru berkuat kuasa 2 April

Amir Hamzah, 51 akan menggantikan Azman Mohd yang akan meletak jawatan pada 31 Mac.

Amir Hamzah Azizan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Tenaga Nasional Bhd (TNB) melantik Amir Hamzah Azizan sebagai ketua pegawai eksekutif yang baru berkuat kuasa 2 April 2019.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata Amir Hamzah, 51 akan menggantikan Azman Mohd yang akan meletak jawatan pada 31 Mac 2019.

Amir Hamzah kini merupakan CEO Kumpulan Themed Attractions Resorts & Hotels Sdn Bhd dan pernah berkhidmat sebagai pengarah urusan Icon Offshore Bhd dari 2016 hingga 2017.

Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan kanan dengan syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dari 2010 hingga 2016, termasuk sebagai pengarah urusan dan CEO Petronas Dagangan Bhd selain naib presiden (pemasaran hiliran) dan naib presiden (perniagaan pelincir) Petronas.

Semasa dagangan ditutup hari ini, saham TNB meningkat 6 sen kepada RM12.58 dengan 1.69 juta saham diniagakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.