Suku akhir UCL dalam sejarah, 4 pasukan Premier League layak

Suku akhir UCL dalam sejarah, 4 pasukan Premier League layak

Manchester City, Liverpool, Manchester United dan Tottenham Hotspurs membanggakan peminat pasukan Eropah

UEFA Champions League (UCL) musim 2018/2019 sudah menghampiri peringkat suku akhir.

Sudah pasti ramai peminat tegar pasukan Premier League berpuas hati kerana Manchester City, Liverpool, Manchester United dan Tottenham Hotspurs berjaya layak ke peringkat ini.

Kecuali peminat Chelsea dan Arsenal, mereka tidak layan UCL sebaliknya mereka lebih suka UEFA Europa League (UEL).

Sejarah 10 tahun

Ini kali pertama dalam sejarah UCL sejak musim 2008/2009, 4 team daripada Premier League berjaya layak ke peringkat suku akhir.

Buat masa ni, tidak ada lagi liga negara eropah lain yang berjaya layak ke suku akhir sebanyak 4 pasukan.

Masa musim 2008/2009, pasukan yang berjaya layak ialah Liverpool, Chelsea, Manchester United dan Arsenal.

Manchester City ketika itu baru sahaja dibeli oleh orang kaya Arab.

Belum lagi tahu macam mana nak eja “Champions League”.

Satu sahaja pasukan dari Sepanyol

Buat kali pertama sejak musim 2009/2010, satu sahaja pasukan dari Sepanyol yang layak ke peringkat suku akhir UCL tahun ni.

Sebelum ini Barcelona tidak pernah layak ke peringkat suku akhir sejak musim 2006/2007.

Juara UCL 2017/2018, Real Madrid disingkirkan oleh Ajax dan Atletico Madrid disingkirkan oleh Juventus dalam perlawanan peringkat round of 16 hari tu.

Pep Guardiola & UCL

Pep Guardiola sudah berjaya layak ke peringkat suku akhir UCL sebanyak 9 kali daripada 10 kempen UCL bersama Barcelona, Bayern Munich dan Manchester City.

Musim 2016/2017, Pep Guardiola dan Manchester City tersingkir di di peringkat round of 16 selepas kalah kepada AS Monaco.

Pep Guardiola sudah 2 kali berjaya jadi juara UEFA Champions League bersama Barcelona pada tahun 2009 dan 2011.

Jadual Perlawanan

Suku Akhir Champions League (1st Leg)

  • 10 April: Liverpool vs. Porto
  • 10 April: Tottenham Hotspur vs. Manchester City
  • 11 April: Ajax vs. Juventus
  • 11 April: Manchester United vs. Barcelona

Suku Akhir Champions League (2nd Leg)

  • 17 April: Juventus vs. Ajax
  • 17 April: Barcelona vs. Manchester United
  • 18 April: Porto vs. Liverpool
  • 18 April: Manchester City vs. Tottenham Hotspur

Separuh Akhir Champions League

  • Tottenham Hotspur atau Manchester City vs. Ajax atau Juventus
  • Manchester United atau Barcelona vs. Liverpool atau Porto

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.