UFO mungkin wujud, NASA halang angkasawan dedah penampakannya

UFO mungkin wujud, NASA halang angkasawan dedah penampakannya

Penerbit Hollywood siasat kebenaran angkasawan tidak dibenarkan dedah Nampak objek asing di angkasa lepas

NASA didakwa mengarahkan angkasawan mereka supaya mengunci mulut dan tidak bercerita sewenang-wenangnya mengenai apa yang disaksikan di angkasa lepas.

Dakwaan itu dibuat oleh seorang penerbit rancangan di Hollywood, Kevin Burns yang kini sedang membuat siasatan mengenai perkara itu.

“Kami telah menemubual beberapa angkasawan NASA dan mereka yakin ada melihat penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO).

“Mereka bagaimanapun mendakwa ditekan untuk tidak membuka mulut mengenai peristiwa itu.

“Angkasawan Edgar Mitchell juga percaya mengenai UFO, hasil pemerhatian peribadinya,” ujar Kevin.

Dalam pada itu, ahli teori konspirasi turut mempunyai pandangan serupa dengan kevin.

Malah, mereka turut bercerita mengenai seorang penggodam yang menemui imej UFO dalam pangkalan data NASA.

Namun, komputer miliknya didakwa mati secara tiba-tiba sejurus dia mengakses foto berkenaan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.