Pesawat lama masih boleh beraksi, kata Dr M

Pesawat lama masih boleh beraksi, kata Dr M

Perdana menteri berkata pesawat-pesawat lama tentera udara Malaysia diselenggara dengan baik.

LANGKAWI:
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengecilkan keperluan membeli pesawat tempur baru menggantikan kumpulan pesawat tempur buatan Rusia milik tentera udara.

Mahathir pada sidang media di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (Lima 19) berkata Malaysia berminat dengan pesawat-pesawat tempur baru tetapi belum sampai tahap membelinya.

“Kita boleh lihat demonstrasi yang melibatkan semua pesawat lama ini, ia telah dijaga dan di selenggara dengan baik dan kita dapati keupayaan mereka menunjukkan mereka boleh tahan lama lagi,” katanya.

Mahathir sangat kagum melihat pertunjukan udara di pameran hari ini, dan bergurau dengan pemberita: “Kalau kita ada duit kita boleh beratus-ratus buah pesawat, kita tunggu sampai ada duit.”

Tentera udara memiliki 18 Sukhoi Su-30MKM, yang mula diterima pada 2007, dan 10 MIG-29N, yang mula diterima pada 1995. Reuters melaporkan pentadbiran lepas membatalkan rancangan menggantikan MIG-29N dengan pesawat tempur pelbagai peranan baru.

Ditanya mengenai pameran China di Lima 19, Mahathir berkata pameran negara itu sangat menarik termasuk pesawat dan kenderaan daratnya.

“China menunjukkan kemajuan yang hebat dan kami sedang melihat barangan mereka.”

Pada hujung minggu lalu, Mahathir berkata Malaysia mungkin membeli pesawat tempur dari China atau negara lain jika Kesatuan Eropah (EU) meneruskan rancangan mengekang penggunaan minyak sawit.

Beliau berkata teknologi China mungkin lebih maju berbanding negara-negara Eropah.

China bagaimanapun menegaskan tiada perang perdagangan antara Malaysia dan negara-negara Eropah dan beliau mahu memaklumkan masalah yang Malaysia hadapi apabila negara-negara Eropah bertindak terhadap Malaysia.

“Saya berita pada dunia bahawa ia tidak adil apabila negara-negara kaya menghalang negara-negara miskin daripada menjadi lebih kaya dengan tidak membeli barangan mereka. Itu saja, tidak ada perang perdagangan.”

Malaysia juga bercakap mengenai pelaburan ke Malaysia, mengatakan dia menerima banyak cadangan pelaburan besar tetapi ia perlu dikaji dulu.

Beliau juga mendedahkan dia ada bertemu beberapa delegasi hari ini, diketuai para menteri dari Perancis, Rusia dan Jepun yang mahu bekerjasama dengan Malaysia dan mungkin mendirikan kilang mengeluarkan komponen pesawat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.